Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Masyarakat mudah tertipu dengan lelaki segak mengaku cicit Nabi'

    ‘Masyarakat mudah tertipu dengan lelaki segak mengaku cicit Nabi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sikap mudah percaya dan ketaksuban orang ramai terhadap individu yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW membuatkan masyarakat mudah tertipu.

    Mufti Perlis Asri Zainul Abidin berkata ia ditambah dengan rupa segak Mawla Muhammad Amin al-Idrisi, lelaki yang mengaku cicit Nabi Muhammad SAW.

    “Dia (orang ramai) tengok muka ada janggut, putih, mata letak celak sikit terus jadi keluarga nabi.

    “Sedangkan, jika kita pergi ke negara Arab, bersepah (lelaki segak) macam itu. Berlambak (orang seperti dia), di Syria segak-segak orang dia. Di Iran, pun segak-segak.

    “Tetapi kita mudah ditipu, tanya kenapa (percaya) keluarga nabi sebab dia punya segak. Malah, ada sebahagian itu ada buat cerita cartoon, kenapa dia pakai cermin mata hitam sebab takut terkena panahan matanya. Amboi, cair sangat,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman sosialnya, awal hari ini.

    Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata kehadiran lelaki warga Algeria yang mendakwa dirinya sebagai cicit Nabi Muhammad SAW ke negara ini untuk memberi ceramah agama, akan terus dipantau rapi.

    Saifuddin berkata jika lelaki warga Algeria itu dikesan melakukan aktiviti menyalahi undang-undang, maka pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Negeri untuk mengambil tindakan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar juga dilaporkan memberi amaran kepada masyarakat terutamanya umat Islam supaya tidak terlalu taksub kepada mana-mana individu, sebaliknya perlulah sentiasa berpegang kepada neraca ilmu dan fakta.

    Mengulas lanjut, Asri berkata setahun yang lalu dia pernah memberi amaran mengenai individu tersebut, namun baru sekarang orang ramai mula meragui lelaki tersebut.

    “Setahun yang lalu, di meja kuliah ini saya beritahu ini kemungkinan (lelaki mengaku cicit Nabi SAW) scammer.

    “Setahun dulu kita dah kata ‘awas, ini scammer’. Alhamdulillah, hari ini semua orang kata (lelaki terbabit) scammer (penipu).

    ALSO READ:  Konflik Palestin tak akan jejas hubungan M'sia-S'pura - PM Lee

    “Tertipu orang Islam, ada yang kata saya dah bagi duit RM50,000, RM20,000sebab nak pergi umrah dengan anak cucu Nabi Muhammad SAW. Tiba-tiba duit saya hilang, macam-macam,” katanya.

    Justeru, Asri mengingatkan semua pihak supaya mendengar segala hujah mengenai satu-satu perkara terlebih dahulu sebelum meletakkan kepercayaan penuh kepada apa yang didengar mereka.

    “Kadang-kadang orang kata dengar dulu, tapi ini awal-awal dah kata tak mahu dengar. Malah, dia kata puak-puak ini memang tak sayang kepada keluarga Nabi Muhammad SAW.

    “Sekarang, baru kata scammer. Maka tertipulah orang Islam ini. Bukan saya nak kata berbalah, tapi tertipu orang Islam,” katanya.

    Sementara itu, Asri juga turut mempertikaikan kewibawaan seorang profesor yang mengiktiraf lelaki terbabit sebagai cicit Nabi Muhammad SAW itu.

    “Orang datang kata keturunan Nabi SAW percaya, ambil profesor mana pun tak tahu, yang bercakap tentang nahu sorof (tatabahasa), yang hari itu pun kita perbetulkan terjemahan, kata dia ada bukti bahawa dia ini memang keturunan Nabi Muhammad SAW.

    “(Dakwa ada dalam) Di atas dokumen, dokumen nak tengok tak boleh. Apa?

    “Seseorang datang mengatakan ini bapa dia, dia bawalah (susur) galur (keluarga) diatas itu…Sanad bukan untuk kebanggaan tetapi bagi membuktikan kesabitan, maksud sanad adalah rangkaian periwayat daripada si pulan kepada si pulan.

    “Sebab itu orang tak faham dalam ilmu ini mereka kata kami ada sanad dan mereka boleh dakwa apa saja dan semua orang boleh dakwa apa saja yang dia mahu.

    “Apa jenis keprofesoran ini?” soalnya.

    Terdahulu tular satu video memaparkan seorang profesor bernama Solehah Yaacob mengiktiraf kesahihan lelaki yang mengaku dirinya cicit Nabi Muhammad SAW.

    “Kes yang ahlul bait, Mawla Amin itu saya ada datanya. 100 muka surat datanya tapi kita tak bolehlah nak tunjuk kepada orang ramai kerana ia rahsia. Tetapi percayalah dia memang ahlul bait dan siapa yang memfitnah itu saya rasa kena minta maaflah. Ini wali-wali Allah. Dia punya sanad (jalur keturunan) itu memang sah dan dia adalah jalur emas.

    ALSO READ:  KATA MP | Bagaimana pelajar cemerlang STPM tetap terpinggir

    “Apa maksud jalur emas, dia dari Fatimah (anak Rasulullah SAW) dia memanjang (susur galurnya), dia tak pergi ke kiri atau kanan. Maksudnya, mak dengan ayah dia jaga melahirkan Al-Amin Al-Hassan ini,” dakwa profesor terbabit.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts