Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMat Hasan kian kurang arif membaca politik, kata Shahidan

    Mat Hasan kian kurang arif membaca politik, kata Shahidan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK PELANGAI | Shahidan Kassim hari ini mengingatkan Umno agar tidak mudah memperlelehkan PN berdasarkan parti itu yang didakwanya tidak lagi hebat seperti dulu.

    Dia yang pernah memimpin Umno dan menjadi Menteri besar Perlis itu berkata, tanpa “gelombang hijau” sebelum ini pun PN mampu memenangi 74 kerusi parlimen semasa PRU ke-15 dilangsungkan.

    Menyasarkan kenyataan itu kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, Shahidan berkata sebenarnya tidak wujud pun gelombang hijau sebaliknya menganggap ia sebagai “gelombang rakyat.”

    “Tok Mat (Mohamad) ni dari dulu, semakin hari semakin kurang arif tengok (membaca) politik,” katanya ketika ditemui di Pelangai semasa berkempen untuk calon PN, Kasim Samat.

    Pada 28 Sept lalu, Mohamad menganggap kekalahan besar Umno dalam PRU lalu bukanlah disebabkan oleh “gelombang hijau” sebaliknya hanya kerana undi protes daripada penyokong parti tersebut.

    “Orang kata (ada) green wavesaya kata tak ada wave sebenarnya. Sebenarnya banyak undi protes dan itu saja.

    “Orang masih sayangkan dengan Umno, jadi Umno (sekarang) kita akan buat sesuatu untuk perkasakan,” katanya.

    Mengulas lanjut Shahidan berkata istilah “gelombang hijau” itu digunakan untuk memperlekeh PAS yang memang dikenali sebagai parti menggunakan logo berwarna hijau.

    Di sebalik penafian tersebut, kata Shahidan, PN memperoleh 74 kerusi berbanding Umno cuma 24.

    “Kena ingat tu… jangan cakap seolah-olah hebat.

    “Tak hebat! Umno sudah tak hebat… Umno cuma hebat sebab bangunan dia besar,” katanya.

    Shahidan yang kini menjadi ahli PAS juga memberitahu Umno sudah mengubah prinsip perjuangannya apabila tidak lagi mengutamakan agenda Melayu selepas bersama DAP.

    Justeru dia yakin pengundi Pelangai khususnya warga Felda akan bersama PN.

    “Pada pandangan saya pengundi di Pelangai dan kawasan Felda ni pengundi diam, mereka nak mengundi tapi tak nak heboh dengan naikkan bendera semua.

    ALSO READ:  Guatemala to accept 135 political prisoners in Nicaragua, US says

    “Kebanyakkan mereka orang BN tapi tak puas hati pasal kes Umno bersama DAP. Mereka akan undi (PN) tak tak mahu bising-bising,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts