Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMat Sabu sindir sikap hipokrit AS bom Syria dan Iraq

    Mat Sabu sindir sikap hipokrit AS bom Syria dan Iraq

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyindir sikap hipokrit Amerika Syarikat pimpinan Joe Biden apabila bertindak mengebom Syria dan Iraq baru-baru ini.

    Katanya tindakan itu diambil selepas berlaku kematian tiga tentera AS di Jordan, yang didakwa dilakukan oleh kumpulan yang pro kepada Iran.

    “Saya ‘mengucapkan tahniah’ kepada kerajaan Amerika Syarikat, pimpinan Joe Biden kerana bertindak tegas mengebom Syria dan Iraq apabila tiga tentera AS terkorban,” kata Mohamad dalam satu kenyataan media hari ini.

    “Maka tanpa lengah lagi Biden membalas kematian tersebut dengan melakukan serangan bom ke atas lebih 60 tempat di Syria dan Iraq,” tambahnya.

    Pada masa sama, kata Mohamad, majoriti negara Arab hanya berpeluk tubuh apabila umat Islam Palestin dibunuh setiap hari oleh tentera Zionis yang sehingga kini mencecah hampir 30,000 kematian.

    “Lebih 70 peratus mangsa yang terkorban adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, tetapi malangnya pemimpin-pemimpin negara Arab ini tidak mempunyai maruah seperti bos mereka, iaitu AS,” katanya.

    Terdahulu AS dilaporkan melakukan serangan balas pada Jumaat di Iraq dan Syria, kata tiga pegawai kanan AS susulan kematian tiga anggota tenteranya selain 40 anggota lain cedera akibat serangan di Jordan yang didakwa dilakukan oleh pasukan pejuang yang disokong oleh Iran.

    Serangan itu dipercayai yang pertama dilancarkan dalam siri tindak balas oleh pentadbiran Joe Biden.

    Dua daripada pegawai itu yang enggan nama mereka disiarkan berkata, serangan itu menyasarkan kemudahan di Iraq dan Syria yang dikaitkan dengan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan pasukan pejuang yang disokongnya.

    Serangan itu meningkatkan kebimbangan mengenai ketegangan di Asia Barat akibat peranang lebih tiga bulan Israel dengan pejuang Hamas di Gaza.

    ALSO READ:  Saya dan Rafizi tiada isu peribadi, kata Puad
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts