Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMata pelajar cedera dirotan: Suhakam gesa KPM kaji semula hukuman

    Mata pelajar cedera dirotan: Suhakam gesa KPM kaji semula hukuman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Dr Farah Nini Dusuki menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mempertimbang dan mengkaji semula pendiriannya terhadap hukuman rotan dan kemudaratan yang berkaitan dengannya.

    “Sebarang bentuk hukuman ke atas kanak-kanak seharusnya mempunyai manfaat daripada pembetulan kesalahan yang dilakukan.

    “Mendidik melalui ketakutan atau kesakitan telah terbukti mempunyai kesan negatif terhadap mental, fizikal dan harga diri pelajar.

    “Pelajar harus memahami secara logik akibat dari salah laku mereka dan menyelesaikan sebarang konflik melalui proses dialog,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Dr Farah mengulas kejadian seorang pelajar mengalami kecederaan di mata didakwa akibat dirotan guru yang ingin menangani salah laku pelajar tersebut.

    “Insiden itu seharusnya menjadi satu peringatan kepada pihak kerajaan dan masyarakat sivil untuk mengubah pendirian terhadap hukuman rotan,” tegasnya.

    Suhakam, kata Farah menggalakkan kerajaan agar proaktif dalam meneroka strategi disiplin alternatif untuk melindungi maruah pelajar dan memupuk rasa hormat, di samping menyubur kemahiran membuat keputusan sebagai satu bentuk perbaikan kepada disiplin pelajar.

    “Walaupun terdapat peraturan ketat ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pelaksanaan hukuman rotan, namun wujud risiko untuk kemudaratan yang teruk berlaku jika pelaksana terbawa-bawa oleh emosi atau berlaku kecuaian.

    “Oleh yang demikian, terdapat keperluan mendesak untuk beralih kepada kaedah pengajaran dan keibubapaan tanpa kekerasan bagi mengurangkan sebarang kes bahaya dan kecederaan akibat daripada hukuman rotan,” katanya lagi.

    Farah berkata Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.7/2003 menggariskan panduan pelaksanaan hukuman rotan di sekolah.

    “Sebarang hukuman rotan yang keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan kepada pelajar hendaklah mengakibatkan implikasi undang-undang yang termaktub dalam Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], yang termasuk liabiliti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, atau kedua-duanya,” jelasnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts