Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMayat bayi perempuan dijumpai dalam parit

    Mayat bayi perempuan dijumpai dalam parit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mayat bayi perempuan yang baru lahir ditemui dalam parit berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar di Seri Iskandar petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah menyatakan bahawa mayat bayi yang baru dilahirkan itu ditemui oleh orang awam sebelum melaporkannya kepada pihak polis pada 3.15 petang.

    Beliau mengesahkan bahawa mayat bayi malang yang telah dipotong tali pusatnya ditemui dalam keadaan telanjang dan tenggelam di dalam parit.

    “Pemeriksaan awal ke atas mayat bayi tersebut menunjukkan tiada kesan kecederaan luar dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

    “Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Changkat Melintang (HCM) dan pakar perubatan forensik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akan menjalankan proses bezah siasat esok bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan di Ipoh malam tadi.

    Beliau juga meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Zulkarnain Jusoh di nombor telefon 013-9740294.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts