Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMayat lelaki ditemukan di kebun getah, dipercayai dibaham harimau

    Mayat lelaki ditemukan di kebun getah, dipercayai dibaham harimau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham harimau di dalam kawasan kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik, di Gua Musang, semalam.

    Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan cebisan anggota badan manusia di kebun itu kira-kira 9.30 pagi.

    Sik berkata susulan itu, satu gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas mangsa telah dilancarkan melibatkan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang dan penduduk setempat.

    “Hasil operasi menemukan cebisan kaki di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR tiba. Cebisan badan serta sebahagian kaki ditemui di lokasi kedua kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

    Menurut Sik pasukan SAR berjaya membawa keluar cebisan mayat mangsa pada 4.40 petang sebelum tiba di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang pada 5.50 petang bagi proses bezah siasat.

    “Pihak Perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan peranangkap harimau dalam usaha mengesan haiwan liar tersebut.

    “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts