Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam

    Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di Taman Tasik Shah Alam pada jam 8.19 pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata siasatan awal tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan lelaki itu disyaki warganegara asing kerana tidak mempunyai suntikan BCG pada bahu sebelah kiri.

    “Pemeriksaan oleh pihak Forensik Selangor ke atas badan si mati mendapati terdapat kesan luka melecet pada leher di sebelah kanan dan kiri serta luka kecil pada pipi dan hidung.

    “Tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh si mati yang boleh menyebabkan kematian si mati,” katanya.

    Mohd Iqbal berkata mayat itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bezah siasat esok pagi bagi mengenal pasti punca kematian.

    “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai penyiasat Insp Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-5113584,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts