Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMayat wanita tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan

    Mayat wanita tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mayat wanita tanpa kepala serta kedua-dua tangan dan kaki ditemui dalam tong sampah di dalam longkang di jalan besar Alor Gajah Tampin di Kampung Rimau, Pulau Senang di Alor Gajah, Melaka pada 31 Dis lepas.

    Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mayat itu ditemui orang awam pada kira-kira dua petang dan mangsa berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dipercayai dibunuh.

    “Mayat mangsa tanpa pakaian ditemui orang awam sebelum dilaporkan kepada polis dan siasatan di tempat kejadian dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama pihak Hospital Alor Gajah.

    “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan telah mula mereput dan darah telah kering dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara tujuh hingga 10 hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dia berkata bezah siasat telah dijalankan di Hospital Melaka bagi mengetahui punca kematian dan mengenal pasti identiti mangsa.

    Arshad berkata polis telah menjalankan ujian DNA melibatkan dua individu yang dilaporkan hilang bagi mendapatkan identiti mangsa namun negatif.

    Sehubungan itu katanya orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau individu terdekat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian O6-5562222 atau Pegawai Penyiasat Kanan DSP Mohd Ali Hanafiah Hasim (019-9536277).

    Dia berkata kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts