Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan digerakkan bagi membantu rakyat mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (Padu), kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan semua penduduk di Negeri berkenaan termasuk mereka yang tinggal di pedalaman mendapat manfaat daripada pelaksanaan sistem itu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas.
“Kita nampak perananan ini turut boleh dimainkan oleh pusat khidmat wakil rakyat di kawasan masing-masing dalam memberi bantuan.
âCuma kita faham masih ada kawasan khususnya di pedalaman perkampungan Orang Asli kebanyakannya tiada capaian Internet.
“Bukan itu sahaja, ia turut melibatkan kawasan perkampungan yang jauh dari bandar atau pusat khidmat yang perlu kita bantu.
âSaya dimaklumkan buat masa ini, terlalu ramai yang cuba mengakses sehingga sistem mengalami gangguan. Apa-apa pun kita akan usaha cara yang terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena dengan Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024, Siri 1 di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Perak mempunyai sejumlah 59 kawasan Dewan Undangan Negeri.
Sementara itu, di Perlis, Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata kerajaan Negeri sedia memberikan kerjasama dalam menjayakan agenda berkenaan.
âInsya-Allah kerajaan Negeri akan bersama dengan kerajaan pusat untuk pelaksanaan Padu,â katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Bersama Penjawat Awam Perlis di Dewan 2020, Kangar hari ini.
Padu yang dilancarkan Anwar pada 2 Jan lepas ialah hab data negara yang selamat dan komprehensif untuk mengelakkan berlakunya keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan.
– Bernama