Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB: Kedah sasar Sik jadi pengeluar padi huma

    MB: Kedah sasar Sik jadi pengeluar padi huma

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Daerah Sik disasar menjadi hab tanaman padi huma di Negeri ini sebagai langkah alternatif menambah bekalan beras putih tempatan, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

    Beliau berkata Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah itu.

    “Padi huma atau padi bukit ini rasanya enak, harganya mahal sedikit… kita harap daerah Sik akan jadi hab padi huma untuk Negeri Kedah bagi mempertingkatkan hasil padi dari Negeri Jelapang Padi.

    “Selain padi di kawasan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) dan luar kawasan MADA, kita juga mengusahakan padi atas darat (padi huma),” katanya selepas merasmikan Benih Padi Huma di Kampung Radik dekat Sik hari ini.

    Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Datuk Zakaria Othman dan Mufti Kedah Datuk Fadzil Awang.

    Menurut Muhammad Sanusi padi huma mempunyai pasaran dan permintaan tinggi.

    Beliau berkata penanaman padi huma di Lembah Radik dibuat secara tradisional dan kawasan lereng bukit juga sesuai dijadikan kawasan penanaman.

    “Kita mempelawa penduduk Sik yang ada tanah terbiar… mungkin di celah-celah dusun durian yang baru ditanam, juga boleh diusahakan tanaman padi huma… benih boleh berhubung dengan LZNK,” katanya.

    Difahamkan, projek permulaan oleh LZNK itu membabitkan kawasan seluas setengah hektar dan akan diperluas kepada enam hektar bermula Jun ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts