Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB: K'jaan Pahang akan salur bantuan pada keluarga mangsa nahas pesawat

    MB: K’jaan Pahang akan salur bantuan pada keluarga mangsa nahas pesawat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan Negeri Pahang akan menyumbang atau menampung semua kos termasuk urusan pengebumian kepada keluarga mangsa kemalangan pesawat di Lebuhraya Guthrie, Bandar Elmina, Shah Alam, petang semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

    “Apa sahaja kos untuk pengurusan mayat dan pengebumian jenazah, Kerajaan Negeri Pahang akan tanggung.

    “Semua mangsa kemalangan (penumpang pesawat serta dua orang awam yang meninggal dunia) kita boleh tanggung,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di Klang malam tadi.

    Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara yang berada dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuh Raya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, kira-kira 2.50 petang semalam.

    Loke berkata turut tersenarai ialah dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

    Katanya identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden tersebut akan disahkan melalui siasatan polis.

    Sumber: Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts