Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB: Pahang beri air percuma kepada B40

    MB: Pahang beri air percuma kepada B40

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Pahang telah memperkenalkan Rebat Air Makmur (RAM) bagi membantu golongan sasar B40 dalam meminimumkan kesan penyesuaian tarif air yang akan berkuat kuasa pada Februari ini, dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.6 juta setahun.

    Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan bahawa antara manfaat RAM ialah pemberian air percuma kepada golongan B40 yang menggunakan air tidak melebihi 12 meter padu sebulan dan tiada kenaikan caj bagi golongan itu yang menggunakan air antara 13 hingga 24 meter padu sebulan.

    Selain itu, RAM juga melibatkan pemberian rebat bulanan sebanyak RM10 bagi memastikan kenaikan adalah minimum untuk golongan terlibat yang menggunakan air 25 meter padu ke atas.

    “Jumlah keseluruhan golongan sasar yang menerima manfaat RAM secara automatik ialah 38,000 orang terdiri daripada penerima bantuan e-Kasih dan i-Damak serta penghuni Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Rumah Rakyat Pahang (RRP),” katanya dalam kenyataan di Kuantan hari ini.

    Wan Rosdy juga berkata pengguna yang berada dalam golongan sasar, namun tidak menerima rebat secara automatik boleh memohon dan menyemak di kaunter pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) daerah.

    RAM yang dipersetujui melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pahang hari ini, menurut Wan Rosdy menunjukkan kerajaan Negeri mendengar pandangan pelbagai pihak semasa pelarasan tarif air tidak dapat dielak bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air.

    “PAIP sebagai operator perkhidmatan bekalan air juga diminta meningkatkan mutu perkhidmatan, merangka peranancangan strategik dan seterusnya mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak terlibat.

    “Kerajaan Negeri tidak melakukan penyelarasan tarif air selama 40 tahun dan sudah tiba masanya kerajaan Negeri memulakan langkah bagi memastikan keterjaminan, meningkatkan kecekapan operasi serta kualiti perkhidmatan bekalan air pada masa hadapan,” katanya.

    ALSO READ:  Cricket-Mumbai's Ismail breaches 130kph barrier with fastest delivery in women's cricket

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts