Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB: Parti politik termasuk pembangkang boleh sewa dewan orang ramai

    MB: Parti politik termasuk pembangkang boleh sewa dewan orang ramai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Perak telah membenarkan semua parti politik termasuk pembangkang untuk menggunakan dewan orang ramai melalui kaedah sewaan, bagi membantu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) menjana pendapatan, di kawasan masing-masing.

    Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagaimanapun, pihaknya memberi kebenaran kepada JPKK untuk membuat peraturan tersendiri, bagi kaedah penggunaannya.

    “Pengurus bagi dewan orang ramai ialah JPKK, jadi jika ada parti politik ingin menggunakan dewan tersebut, bolehlah bayar kepada JPKK,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pemantapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

    Sementara itu, Saarani berkata seramai 817 daripada 828 pengerusi JPKK di kampung tradisional di Perak, telah dilantik.

    Beliau berkata baki 11 orang lagi belum dilantik atas beberapa faktor termasuklah faktor usia, serta tidak melepasi tapisan yang dibuat pihak polis.

    “Kesemua calon pengerusi JPKK hendaklah ditapis terlebih dahulu, termasuklah faktor usia tidak boleh lebih daripada 65 tahun serta rekod calon-calon ini dihantar kepada polis untuk disemak, sama ada mereka mempunyai kes jenayah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta bukan penerima e-Kasih,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts