Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Thursday, July 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesMB: Pentadbiran Lembah Klang Raya mulai tahun depan

    MB: Pentadbiran Lembah Klang Raya mulai tahun depan

    -

    Shopee CNY Sale

    Kerajaan Selangor akan menggabungkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang ke dalam “Lembah Klang Raya” tahun depan.

    Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari berkata ini akan mewujudkan proses seragam untuk pelesenan yang dikeluarkan oleh PBT dan meremajakan perbandaran matang.

    “Dengan tekad mencari solusi kepada dasar-dasar ini, dan setelah meneliti pengalaman seperti Greater London Authority, Liverpool City Region, serta Tokyo Bay Area yang melibatkan Tokyo, Chiba, Saitama dan Kanagawa, kerajaan Negeri akan mewujudkan pentadbiran Lembah Klang Raya yang meliputi satu sistem pentadbiran bagi keempat-empat PBT di Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, dan Klang dengan memperkenalkan Enakmen Lembah Klang Raya,” katanya ketika berucap pada pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Shah Alam hari ini.

    Dia berkata Lembah Klang Raya dibangunkan antaranya dengan tujuan mewujudkan pentadbiran yang lebih lancar dan responsif bagi penduduk serta komuniti perniagaan termasuk menyeragamkan proses permohonan perniagaan, pelesenan, dan kelulusan.

    Selain itu, kata Amirudin ia proses rejuvenasi bandar-bandar matang serta menjadi ‘test bed’ bagi pentadbiran kerajaan digital dengan membina sistem digital twin Lembah Klang Raya bagi membolehkan simulasi seperti pengurusan trafik, bencana, proses pembangunan termasuk reka bentuk bangunan dan kebenaran merancang.

    “(Lembah Klang Raya bertujuan) mempercepatkan transisi daripada penggunaan kenderaan peribadi kepada pengangkutan awam;

    “Mengoptimumkan sumber kerajaan dan menghapuskan pertindihan;

    “Mewujudkan pentadbiran lokaliti pertama yang mesra warga emas, orang kelainan upaya, mesra kanak-kanak, serta menjayakan hasrat Low Carbon City pertama Malaysia,” katanya lagi.

    Menteri besar itu berkata pentadbiran yang cekap bagi Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang adalah perlu kerana 50 peratus penduduk Negeri itu menetap di kawasan tersebut.

    ALSO READ:  Afnan hamimi is new PAS Youth chief, Nuridah remains Muslimat chief

    Selain itu, jelasnya kawasan tersebut juga menempatkan kebanyakan industri di Negeri itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts