Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB: Perak terima pakai pindaan akta perhutanan negara

    MB: Perak terima pakai pindaan akta perhutanan negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Perak akan melaksanakan keseluruhan pindaan dalam Akta Perhutanan Negara (Akta 313) yang telah diluluskan dan diwartakan di peringkat Persekutuan pada bulan September tahun lepas, sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di Negeri ini.

    Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya akan memastikan jabatan dan agensi kerajaan Negeri bekerjasama dengan Persekutuan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

    “Jika sebarang RUU (Rang Undang-Undang) yang dibahaskan di Parlimen dan diluluskan maka ia akan menjadi akta, maka bila dah jadi akta mana-mana kerajaan Negeri wajib pakai.

    “Akta bermakna undang-undang sudah digubal dan wajib kita laksanakan mengikut Perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan, kita akan ikut apa yang telah diputuskan Persekutuan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan mangsa banjir daerah Hilir Perak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak dan PPS Dewan Serbaguna Chikus di Teluk Intan hari ini.

    Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Woo Kah Leong.

    Saarani berkata sebelum sesuatu RUU di bawa ke Parlimen terdapat libat urus antara kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya tidak ada percanggahan dengan akta di Perak.

    Denda maksimum RM5 juta

    “Sesuatu akta yang telah diluluskan di peringkat Parlimen saya yakin telah dirunding terlebih dahulu di peringkat Negeri dan ada penyelarasan, kalau tidak takkan ia diluluskan,” katanya.

    Terdahulu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta semua kerajaan Negeri memberi sokongan dengan menerima pakai keseluruhan pindaan dalam Akta Perhutanan Negara (Akta 313) di Negeri masing-masing.

    ALSO READ:  Soccer-Missed penalties haunt Milan as De Gea helps Fiorentina seal 2-1 win

    Antara penambahbaikan utama yang diperkenalkan dalam pindaan tersebut ialah memperketatkan proses pewartaan keluar dan penggantian Hutan Simpanan Kekal (HSK), selain proses penyiasatan awam diperkenalkan sebelum sesuatu kawasan HSK diwarta keluar dan penggantian serentak bagi HSK yang diwarta keluar.

    Kadar denda maksimum bagi kesalahan hutan juga telah ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM5 juta dan hukuman penjara maksimum dinaikkan kepada tujuh tahun hingga 20 tahun sebagai langkah pencegahan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts