Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB Perlis: Dia baru didakwa, belum disabit bersalah

    MB Perlis: Dia baru didakwa, belum disabit bersalah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli menegaskan anaknya baru berdepan pertuduhan di mahkamah dan belum disabit bersalah atas sebarang kesalahan jenayah.

    Mohd Shukri berkata, dia menyerahkan kepada anaknya, Mohd Syafeeq dan peguam untuk mengendalikan proses pendakwaan yang dihadapinya.

    “Dia belum salah lagi, ini baru pertuduhan, kita tunggu,” katanya ketika ditanya berkenaan anaknya yang dihadapkan ke mahkamah hari ini.

    “Saya pun belum bercakap dengan dia lagi tapi saya serahkan semuanya pada dia dan peguam dia,” katanya lagi seperti dipetik lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

    Hari ini, Mohd Syafeeq, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10 pada Februari lepas.

    Dia dituduh memberi satu dokumen iaitu Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis kepada Nurul Nabilah Mohd Sukri yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, pada 19 Feb 2024 dengan niat memperdayakan prinsipalnya.

    Mohd Syafeeq didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tuntutan berjumlah RM19,505.10 bertarikah 14 Feb 2024 atas nama Mohd Farid Abdul Hamid berkaitan Perkhidmatan Menyediakan Minuman Untuk Kegunaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar itu mengandungi butir matan palsu.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts