Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB Perlis: Hubungan kerajaan Negeri-Putrajaya 'amat baik'

    MB Perlis: Hubungan kerajaan Negeri-Putrajaya ‘amat baik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Di sebalik perbezaan parti, hubungan di antara Perlis dan Putrajaya dilaporkan berjalan lancar, termasuk beberapa aspek yang dianggap “amat baik” oleh Menteri besar Negeri itu, Mohd Shukri Ramli.

    Dipetik lidah rasmi PAS, harakahdaily, Mohd Shukri berkata, kerjasama yang erat itu terhasil termasuk dalam bidan pendidikan, kesihatan dan keselamatan, khususnya kerana Perlis terletak di sempadan negara.

    Katanya bagi program yang dianjurkan agensi kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan pusat turut dijemput hadir.

    “Untuk kemasukan pemimpin Perlis ke sekolah di bawah kementerian pula, kita (PAS-PN) boleh hadir tetapi perlu mohon lebih awal, kecuali dalam kes-kes tertentu,” katanya dalam temu bual disiarkan portal itu hari ini.

    Perlis merupakan satu daripada empat Negeri yang ditadbir PN. Tiga Negeri lain ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

    Bagaimanapun di semua Negeri terbabit, kerajaannya diketuai PAS.

    Untuk rekod Mohd Shukri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri besar.

    Pesuruhjaya PAS Perlis itu menganggap pertemuan tersebut berlangsung dengan baik.

    Menurut Mohd Shukri isu hanya timbul dari segi mendapatkan kelulusan dari Putrajaya.

    “Manakala hubungan dengan pentadbiran pusat pula, kita tiada masalah cuma aspek kelulusan peruntukan daripada kerajaan Pusat,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts