Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB: Sungai Wang di Lipis potensi perlombongan REE

    MB: Sungai Wang di Lipis potensi perlombongan REE

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Pahang telah meluluskan kawasan yang berpotensi untuk dijadikan Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) iaitu di Sungai Wang, Mukim Hulu Jelai, Lipis melibatkan keluasan 220 hektar.

    Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata cadangan tersebut diluluskan ketika mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 3 April lepas dan kerajaan Negeri dalam peringkat pemurnian fasa akhir prosedur operasi standard (SOP) perlombongan NR-REE Negeri.

    Beliau berkata proses pemurnian itu diterajui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang dan Pahang Mining Corporation (PMC) sebelum diangkat untuk pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa Negeri.

    “Delegasi kerajaan Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Perintis Perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak pada 25 Sept lepas. Lawatan tersebut bertujuan melihat serta mempelajari teknik perlombongan NR-REE yang dilakukan tanpa menjejaskan alam sekitar.

    “Susulan itu, kerajaan Negeri telah mengenal pasti kawasan yang berpotensi dijadikan projek perintis NR-REE iaitu di Sungai Wang, Mukim Hulu Jelai, Lipis,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) yang ingin mengetahui kesediaan kerajaan untuk perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Pahang sebagai sumber pendapatan Negeri.

    Selain itu, beliau berkata kerajaan Negeri mengamalkan sikap terbuka kepada mana-mana pengusaha atau pelabur untuk menjalankan eksplorasi hasil bumi berkenaan di Negeri ini, serta bersedia menawarkan kerjasama bagi pembukaan kilang memproses bahan itu di Malaysia khususnya di Pahang.

    Menjawab soalan tambahan Tuan Ibrahim mengenai langkah kerajaan memastikan perlombongan itu mendapat hasil berikutan kerajaan Persekutuan menetapkan hanya yang diproses boleh dieksport, Wan Rosdy berkata perkara itu telah dibangkitkan semasa pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ALSO READ:  Factbox-Soccer-Profile of Mauritania team for 2023 Africa Cup of Nations

    “Berhubung eksport ke luar negara, saya telah bangkitkan isu ini selepas lawatan di Perak dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri dan ia dalam tindakan kerajaan,” katanya.

    Ketika menjawab soalan Andansura Rabu (PN – Beserah) berhubung perkara berkenaan, Wan Rosdy berkata terdapat tiga lokasi yang mempunyai REE yang banyak iaitu Lipis, Raub dan sedikit di Bentong berdasarkan daripada laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

    “Difahamkan ada lebih kurang 1.4 juta tan hasil REE (di kawasan tersebut) dan kalau kita bawa kepada Ringgit Malaysia ia lebih kurang RM80 bilion.

    “Apabila dapat banyak hasil, banyaklah bantuan dapat diberikan kepada rakyat,” kata Wan Rosdy.

    Menurutnya kerajaan Negeri juga akan memastikan pelombongan hasil bumi berkenaan menggunakan kaedah terbaik dan selamat.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts