Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB Terengganu calon PN di Kemaman

    MB Terengganu calon PN di Kemaman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dipilih sebagai calon PAS-PN untuk pilihan raya kecil Kemaman.

    Pengumuman nama Ahmad Samsuri dibuat Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man di Kemaman, malam ini.

    Kata Tuan Ibrahim pada peringkat awal ada lima nama dikemukakan untuk dinilai.

    “Dengan ini saya mewakili Tuan Guru Presiden mengumumkan calon PAS mewakili PN dalam PRK Kemaman ialah YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,” katanya.

    Menurut Tuan Ibrahim, hari ini juga merupakan sambutan ulang tahun kelahiran Adun Rhu Rendang berkenaan.

    Berusia 53 tahun, Ahmad Samsuri juga merupakan seorang daripada tiga naib presiden PAS, selain timbalan pesuruhjaya parti itu di Terengganu.

    Dia memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan mekanikal berkaitan penerbangan dari Universiti Of Leeds, United Kingdom.

    Dengan pengundian itu, Ahmad Samsuri bakal berdepan dengan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang diumum menjadi pertaruhan BN.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Nov ini sebagai hari penamaan calon, manakala hari mengundi dijadualkan berlangsung pada 2 Dis.

    Dalam PRU ke-14 pada 2018, kerusi Kemaman dimenangi yang dipertua PAS kawasan terbabit, Che Alias Hamid dengan majoriti 2,163 undi dan mengatasi empat calon lain.

    Dia sekali lagi mempertahankan kerusi tersebut pada PRU ke-15 (2022) dengan majoriti lebih besar iaitu 27,179 undi mengatasi tiga pencabar termasuk bekas Menteri besar, Ahmad Said.

    Che Alias memperoleh 65,714 undi berbanding 38,535 undi pada Ahmad selaku pencabar terdekat.

    Pada majlis malam ini bekas setiausaha agung Umno – yang kini menjadi ahli PAS dan anggota Jawatankuasa PAS Pusat – Annuar Musa berucap.

    Annuar kini turut menggalas tugas sebagai timbalan pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

    ALSO READ:  Hassan turun KKB temui kawan lama dalam PRM
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts