Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan rombakan kecil dalam barisan Exco Negeri itu.
Selain portfolio yang sedia ada, Onn Hafiz akan mengambil alih portfolio pelancongan daripada Adun Tenggaroh K Raven Kumar.
Raven pula diberi portfolio perpaduan masyarakat, warisan dan budaya.
Selain itu, Adun Tanjung Surat Aznan Tamin akan menggantikan Adun Johor Lama Norlizah Noh sebagai Exco pendidikan dan penerangan.
Barisan Exco Johor kini sepenuhnya diisi oleh Adun dari BN.
[Berita lanjut menyusul]