Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMB: Wang ihsan persekutuan ringankan Kelantan bayar gaji, emolumen

    MB: Wang ihsan persekutuan ringankan Kelantan bayar gaji, emolumen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kelantan akan memanfaatkan wang ihsan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas untuk membayar emolumen sektor awam Negeri seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kewangan.

    Menteri Besar Datuk Nassuruddin Daud berkata sekalipun kerajaan Negeri ada peruntukan untuk tujuan itu, pemberian wang ihsan tersebut membantu meringankan beban yang ditanggung.

    “Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri (kerana) sentiasa bantu Kelantan, bukan sahaja (dari segi pemberian) wang ihsan tetapi dalam perkara lain juga,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kelantan, di Maahad Tahfiz Kampung Meranti, di sini hari ini.

    “Hubungan kita (kerajaan Negeri) dan persekutuan baik sejak dari dulu lagi.

    “Semua perkara boleh bincang dan Perdana Menteri beri jaminan bahawa beliau turut beri perhatian kepada Kelantan,” tambah beliau.

    Minggu lepas, kerajaan persekutuan menyalurkan wang ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan Negeri masing-masing.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts