Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Thursday, July 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesMBJB beku permohonan lesen SPA, urut tradisional dan refleksologi

    MBJB beku permohonan lesen SPA, urut tradisional dan refleksologi

    -

    Shopee CNY Sale

    Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah membekukan semua permohonan lesen baru perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa hari ini.

    Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Noorazam Osman berkata keputusan itu diambil antaranya bagi mengawal lambakan perniagaan yang disifatkan berisiko tinggi dan sensitif itu dijalankan tanpa unsur mencurigakan.

    Beliau berkata keputusan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan yang bersidang pada 17 Jan lepas itu adalah menyeluruh, termasuk permohonan lesen perniagaan di rumah kedai, bangunan hotel dan kompleks perniagaan atau beli-belah.

    “Pembekuan permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini adalah supaya MBJB membuat peranancangan semula serta menjenamakan semula aktiviti perniagaan ini supaya setanding dengan negara-negara maju bersesuaian dengan imej MBJB.

    “Sehubungan itu, satu garis panduan berhubung jenis aktiviti perniagaan berkenaan akan dibangunkan dan dikeluarkan oleh MBJB, sebagai panduan untuk pengusaha perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Portal GeoJB Versi 3.0 Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 Perisytiharan MBJB, di Johor Bahru hari ini.

    Beliau berkata permohonan lesen berhubung perniagaan itu yang belum diluluskan sehingga semalam, diberikan status tangguh dengan semakan, sehingga permohonan dibuka semula pada masa akan diumumkan MBJB.

    Mohd Noorazam (gambar bawah) berkata dianggarkan 15 permohonan lesen perniagaan itu diterima oleh pihaknya setiap bulan sekali gus menjelaskan kawasan pentadbirannya telah mempunyai 151 premis perniagaan yang berlesen setakat ini.

    Beliau berkata pihaknya turut mengesan 43 premis perniagaan itu yang didapati melanggar syarat lesen, antaranya beroperasi di zon tidak bersesuaian dan tidak mempunyai lesen, dan kesemuanya telah disita.

    “Sepatutnya zon yang dibenarkan untuk membuka premis urut, spa dan refleksologi ini adalah di pusat beli-belah dan hotel kerana mempunyai waktu operasi yang sesuai.

    ALSO READ:  Ada pegawai lain dapat ugutan, kata CEO Selangor FC

    “Kadar bayaran lesen kekal bagi premis perniagaan tersebut pula hanya RM800 setahun, manakala lesen sementara RM1,400.

    “Ramai yang membuat permohonan lesen kerana permintaan tinggi dari segi pelancongan. Tetapi pada masa sama, kita tidak mahu ada aktiviti tidak bermoral berjalan di sebalik premis ini,” katanya.

    Bagaimanapun, beliau berkata pembekuan permohonan lesen itu tidak melibatkan permohonan bagi tambah lot, tukar nama pemilik syarikat dan pembaruan lesen tahunan.

    “Bagi penukaran nama syarikat bagi syarikat yang sama juga, boleh dilakukan tetapi sekiranya bertukar ke syarikat baru melibatkan perubahan di sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), permohonan adalah tidak diterima dan dikira sebagai permohonan baru,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts