Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMCMC cari pemilik akaun muat naik mesej fitnah Tilawah al-Quran

    MCMC cari pemilik akaun muat naik mesej fitnah Tilawah al-Quran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan merakam keterangan semua pemilik akaun yang memuat naik hantaran tersusun palsu di media sosial kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah Al-Quran.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata MCMC telah mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan pengesanan terhadap mereka sedang giat dijalankan.

    Beliau berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik mesej terancang seumpama itu bukannya kali pertama berlaku malah dikesan sejak Februari lagi.

    ”Cukup-cukuplah, tindakan memuat naik hantaran seumpama itu di media sosial adalah satu fitnah sangat jahat kepada kerajaan, agama Islam dan institusi diraja di negara ini.

    “Peringatan kepada semua, jangan komen atau buat sebarang kenyataan yang menyentuh isu 3R (perkauman, agama dan raja), berhati-hati kerana kita telah diminta bertindak lebih tegas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi Penguatkuasa anjuran MCMC di Kuala Lumpur semalam.

    Turut hadir Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Dakwaan di akaun Facebook dan X kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah Al-Quran sebaliknya hanya fokus kepada penganjuran konsert tular sejak beberapa hari lepas.

    Ia bagaimanapun dinafikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan semalam yang memaklumkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan telah ditetapkan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang.

    Beliau berkata Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pula akan berlangsung pada 5 hingga 12 Okt depan.

    Mengulas mengenai majlis hari ini, Fahmi berkata ia merupakan satu platform terbaik dalam memperkasa hubungan antara MCMC dan agensi penguatkuasa sekali gus mengukuhkan usaha pelaksanaan undang-undang termasuk berkaitan Akta Komunikasi dan Multimedia.

    ALSO READ:  Saya mungkin dipenjara lebih lama dari Najib, kata editor S’wak Report

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts