Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMCMC: Padam atau jangan sebar video insiden pukul sampai mati

    MCMC: Padam atau jangan sebar video insiden pukul sampai mati

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai memadam atau tidak menyebarkan video yang memaparkan kekerasan terhadap seorang lelaki yang terlibat kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, baru-baru ini.

    MCMC dalam kenyataan hari ini berkata sebarang perkongsian yang video atau kandungan melibatkan mangsa serta pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    “Perkongsian rakaman video itu tidak hanya mengguris perasaan keluarga mangsa, malah melanggar prinsip dan etika asas dengan pengunaan grafik berkaitan kecelakaan, kemalangan dan kekerasan yang boleh menimbulkan kegelisahan penonton,” menurut kenyataan itu.

    Tambah MCMC setiap individu perlu membuat pertimbangan sewajarnya untuk tidak menyebarkan video atau kandungan yang berkaitan dengan insiden itu.

    Sebagai garis panduan berkenaan penciptaan kandungan, rujukan boleh dibuat melalui Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

    Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dipercayai diikat dan dipukul susulan kemalangan dengan pengantar makanan dalam kejadian pada malam Rabu lepas, dan video kejadian itu menjadi tular di media sosial.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts