Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMCMC, PDRM tumpaskan kegiatan suami isteri bertukar-tukar pasangan

    MCMC, PDRM tumpaskan kegiatan suami isteri bertukar-tukar pasangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan kegiatan kumpulan ‘swinger’ atau aktiviti suami isteri bertukar-tukar pasangan.

    Komunikasi Korporat MCMC memaklumkan, kegiatan kumpulan itu yang beroperasi secara dalam talian dikesan susulan aduan daripada orang ramai dan pemantauan oleh MCMC.

    “Operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan PDRM di Kedah dan Johor baru-baru ini telah menemukan kumpulan ’swinger’ yang memiliki sejumlah besar video lucah.

    “Hasil serbuan, telefon bimbit, komputer, dan thumbdrive milik suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

    MCMC memaklumkan tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 39 hingga 50 tahun didapati bertindak sebagai pentadbir (admin) bagi platform X kumpulan ’swinger’ berkenaan, dan mereka turut didapati menjual bahan lucah bagi meraih keuntungan.

    “Modus operanandi suspek adalah memuat naik klip video pendek melalui platform X, dan individu yang berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh, dikenakan bayaran sebanyak RM100 ke RM400 bagi mendapatkan pautan ke aplikasi Telegram,” katanya.

    Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    MCMC turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts