Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMelaka akan bawa pulang artifak, dokumen berkaitan Hang Tuah

    Melaka akan bawa pulang artifak, dokumen berkaitan Hang Tuah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Melaka akan membawa pulang beberapa artifak dan dokumen berkaitan Hang Tuah yang ditemukan di beberapa negara untuk dipamerkan kepada pengunjung pada Mei ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

    Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan Negeri sebelum ini telah melaksanakan misi Kajian Penyelidikan Mengukuh Kewujudan Hang Tuah di beberapa negara di Eropah dan Asia.

    Beliau berkata misi itu dilaksanakan kerajaan Negeri bagi merungkai kewujudan Hang Tuah dan meluruskan ‘kebengkokan’ sejarah Melaka oleh penjajah.

    “Antara artifak yang ditemukan semasa misi berkenaan adalah manuskrip Hikayat Hang Tuah tertua di dunia yang bertarikh 1758 dan Hikayat Hang Tuah yang diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing di Leiden University, Belanda.

    “Selain itu, Peca de Malaca di Museu Militar de Lisbao iaitu selaras meriam yang dihadiahkan oleh Raja Calicut, India kepada Sultan Melaka semasa menentang serangan Portugis,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul Terima Kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

    Ab Rauf berkata pasukan misi kajian turut menemukan peta lama Planisfera Cantino yang tercatat nama Malaqua bertarikh 1502 di Museu Marinha, Lisbon.

    Beliau berkata selain itu turut ditemukan keris lok sembilan dan dokumen rekod rasmi ‘Rekidai Hoan’, kerajaan Ryukyu di Pusat Arkeologi Okinawa, Jepun yang mengandungi 19 surat kerajaan Ryukyu kepada kerajaan Melaka serta 11 surat daripada kerajaan Melaka sekitar tahun 1480 antaranya surat tersebut tertera nama Laksamana Hang Tuah.

    Ab Rauf berkata justeru kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk membawa dokumen dan artifak tersebut yang akan dipamerkan kepada rakyat Melaka pada Mei ini sempena TMM2024.

    ALSO READ:  Unscheduled water cut in Hulu Selangor and Sabak Bernam

    Beliau berkata bagi menyokong usaha itu, Institut Kajian Tuah (IKAT) ditubuhkan di bawah Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sebagai pusat rujukan sehenti dan pengumpulan maklumat berkaitan sejarah Hang Tuah.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts