Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMelaka gerak wakil rakyat galak pendaftaran padu

    Melaka gerak wakil rakyat galak pendaftaran padu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Negeri Melaka, melalui wakil rakyat dan 28 Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), akan mengerakkan usaha untuk menggalakkan pendaftaran rakyat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

    Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menyatakan bahawa usaha ini adalah untuk menyokong inisiatif kerajaan Persekutuan dalam memastikan pemberian bantuan lebih meluas dan menyeluruh, serta memastikan tiada individu layak tercicir daripada menerima bantuan.

    “Kita perlu memberi sokongan dan saya menyeru kepada rakyat Melaka untuk mendaftar segera supaya memudahkan sistem penyampaian untuk kerajaan memberi faedah kepada rakyat, sama ada dalam bentuk subsidi atau bantuan seperti program E-Kasih dan pelbagai lagi.

    “Jadi saya menyeru kepada semua rakyat di Negeri ini untuk dapat mendaftar dengan kadar segera bagi memudahkan kerajaan untuk mengumpul maklumat isi rumah, dan sudah tentu mereka akan mendapat manfaatnya di kemudian hari,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan RV Taman Bandaraya, Bukit Serindit di Melaka malam tadi.

    Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

    Pada 2 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan PADU, iaitu pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif, yang menggabungkan semua peranangkaan daripada jabatan dan agensi kerajaan.

    Pendaftaran PADU kini dibuka hingga 31 Mac ini, dan melibatkan semua rakyat berumur 18 tahun ke atas bagi mengesahkan atau mengemas kini data isi rumah mereka.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts