Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMelampau, cemarkan KTMB - PAS gesa haramkan pesta muzik di tren sewa

    Melampau, cemarkan KTMB – PAS gesa haramkan pesta muzik di tren sewa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS menggesa larangan terhadap festival muzik yang difahamkan berlangsung di dalam koc sewa khas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mendakwa acara hiburan itu telah mencemarkan nama baik KTMB.

    “Adalah ditegaskan bahawa pesta ini dilihat bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    “PAS menggesa agar aktiviti yang melampaui batas dan mencemarkan imej KTMB ini tidak wajar diteruskan,” tegas Ahmad Fadhli lagi.

    Menurut Hitz FM, festival itu – yang digelar festival pertama seumpamanya di Asia Tenggara – berlangsung pada Khamis, 16 Mei lalu dengan kereta api itu bergerak di sekitar Kuala Lumpur.

    Foto dan video yang dimuat naik di media sosial Pinkfish menunjukkan hadirin menari di dalam kereta api sambil DJ membuat persembahan muzik.

    Sementara itu, Ahmad Fadhli menyoal bagaimana festival muzik itu boleh diluluskan dan mendesak Kementerian Kewangan menyiasat KTMB.

    “(Ini) melihatkan ketidakwajaran aktiviti maksiat sebegini dinormaliasikan menggunakan syarikat berkaitan kerajaan,” katanya.

    Bagaimanapun, Ahmad Fadhli berkata hiburan bukanlah sesuatu yang dilarang buat rakyat Malaysia dan umat Islam.

    “Namun begitu, Islam hadir membawakan garis panduan yang komprehensif dalam mengisi naluri manusia yang berkehendakkan kepada hiburan.

    “Sederhana dalam berhibur adalah kunci kepada kemajuan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts