Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Melayu takkan hilang, Dr M akan terpadam dari politik’

    ‘Melayu takkan hilang, Dr M akan terpadam dari politik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Presiden Gerakan Dominic Lau menyangkal kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa bangsa Melayu akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi.

    Menganggap dakwaan itu sebagai tidak masuk akal tegasnya, provokasi menyentuh isu perkauman dan agama yang kian berulang daripada bekas perdana Menteri itu adalah sangat malang.

    “Untuk makluman, sebelum ini ‘negarawan’ Dr Mahathir menyoal kesetiaan masyarakat India di Malaysia. Sebagai bapa pemodenan negara, saya berpendapat kenyataan Mahathir itu dilihat tidak masuk akal kerana bangsa Melayu tidak akan hilang, tidak kira 10 tahun akan datang atau selamanya.

    “Di Malaysia populasi bangsa Melayu yang merupakan salah satu etnik Bumiputera melebihi 50 peratus berbanding masyarakat lain. Jadi bagaimana kaum bukan Melayu mampu mengambil alih Malaysia?

    “Saya percaya masyarakat dan identitinya tidak akan sesekali hilang, tetapi yang akan terpadam dari arena politik adalah Mahathir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Sabtu lalu, Mahathir dilaporkan membuat andaian bangsa Melayu di negara ini akan hilang dalam masa 10 tahun akan datang jika keadaan tidak diubah.

    Dakwanya, ini kerana orang Melayu akan ditawan oleh bangsa lain, tetapi tidak melibatkan peperanangan.

    Kata Mahathir orang Melayu terancam ekoran tiada pihak yang mengambil berat terhadap nasib kaum itu ketika ini.

    “Kita tahu negara dah hilang banyak, nak kata tak tahu tak boleh.

    “Kita hilang empat Negeri di utara, Pulau Riau, Singapura, Pulau Pinang dan dalam 10 tahun lagi (bangsa Melayu) akan hilang.

    “Kita (bangsa Melayu) akan hilang negara kita seolah-olah kita ditawan oleh bangsa lain tanpa peranang,” katanya pada program Minda Negarawan – Iktibar 150 tahun Perjanjian Pangkor di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

    ALSO READ:  Jadi PM? Saya bukan 'paloi', kata Abang Johari

    Sementara itu, Lau menyangkal kenyataan Mahathir mengenai bangsa Melayu telah kehilangan tiga wilayah di Selatan Thailand, Kepulauan Riau, Singapura dan Pulau Pinang.

    Jelasnya, di tempat-tempat yang dikatakan Mahathir itu, masih ada bangsa Melayu yang dilahirkan, dibesarkan dan bekerja dengan aman dan damai.

    “Malah ada yang telah menduduki jawatan nombor satu dalam negaranya.

    “Malah, Kepulauan Cocos di Australia masih menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian. Walaupun berbeza negara, orang Melayu masih mengekalkan adat, budaya dan bahasa mereka.

    “Saya memang kecewa dengan kenyataan Mahathir kerana dia sebagai negarawan perlu menjadi lambang keyakinan kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dan tidak sepatutnya menggunakan isu perkauman yang boleh memecahbelahkan rakyat,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts