Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenang di Pelangai tapi undi BN merosot - Muhyiddin

    Menang di Pelangai tapi undi BN merosot – Muhyiddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Meskipun PN tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai semalam, namun gabungan itu menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

    Pun begitu Muhyiddin berkata pihaknya tetap menghormati pilihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi di DUN berkenaan.

    “Walaupun PN tidak memenangi kerusi tersebut, PN menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding PRU15 dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 1,115 undi.

    “Majoriti yang diperolehi oleh BN pula merosot daripada 4,048 dalam PRU15 kepada 2,949 dalam PRK ini,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

    Dalam pada itu Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mendakwa, keputusan PRK DUN Pelangai juga menunjukkan BN gagal menambah sokongan walaupun bergabung dengan PH.

    Ini katanya walaupun seluruh jentera serta sumber kerajaan “dikerah secara terang-terangan” untuk membantu kempen BN.

    “Saya percaya sepertimana trend dalam pilihan raya Negeri (PRN) dan siri PRK sebelum ini, tidak berlaku pemindahan undi (vote transferability) yang ketara antara PH dan BN.

    “Sebaliknya, yang berlaku ialah peralihan sokongan kepada PN, terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu,” kata bekas perdana Menteri itu.

    Keputusan PRK DUN Pelangai semalam menyaksikan calon BN, Amizar Abu Adam berjaya mempertahankan kerusi itu dengan memperoleh 7,324 undi (62.37 peratus).

    Amizar menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi.

    Pada pilihan raya Negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos lalu, PN memperoleh kemenangan besar di tiga Negeri dan turut berjaya menembusi Negeri-Negeri yang dikuasai PH dan BN.

    BN pula mempamerkan prestasi buruk apabila hanya memenangi 19 kerusi di enam Negeri berkenaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts