Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Menang Pelangai dulu baru bincang tukar kepimpinan Umno Terengganu'

    ‘Menang Pelangai dulu baru bincang tukar kepimpinan Umno Terengganu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Cadangan untuk menukar kepimpinan Umno Terengganu perlu dibawa ke biro politik terlebih dulu, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan. Namun katanya, tumpuan parti itu kini adalah untuk memenangkan calon BN, Amizar Abu Adam di kerusi DUN Pelangai.

    “Itu biar kami bawa dalam biro politik…biro politik ini merupakan pengerusi-pengerusi (Umno Negeri) dan kita akan bincangkan kedudukan Umno Terengganu dan bagaimana cara kita berhadapan jika ada pilihan raya,” katanya.

    Mohamad berkata demikian kepada media selepas program Sembang Santai PRK DUN Pelangai di Felda Chemomoi, dekat Bentong, malam tadi.

    Semalam media melaporkan seorang veteran Umno menggesa rombakan segera dilakukan terhadap barisan pimpinan parti itu di Terengganu yang ‘dibadai’ ‘Gelombang Hijau’ pada PRU15 dan PRN.

    Bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Abdul Rahman Bakar berkata, kepimpinan Ahmad Said perlu diganti dan mencadangkan supaya 80 peratus daripada anggotanya membabitkan muka baru manakala selebihnya pemimpin lama, berperananan sebagai penasihat.

    Abdul Rahman yang pernah diberi jolokan ‘Giant Killer’ kerana mengalahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang pada pilihan raya 1986 dan 2004 berkata perubahan juga harus dibuat di peringkat cawangan hingga bahagian memandangkan ia dekat dengan akar umbi.

    Bagaimanapun Mohamad berkata Umno perlu menumpukan PRK Dun Pelangai sebelum membincangkan isu pertukaran kepimpinan Umno Terengganu.

    “Kita ambil satu-satu, kita habiskan Pelangai ni dulu. Saya belum buka bab itu lagi. Dia (veteran Umno Terengganu) boleh cakap, dia boleh beri pandangan insya-Allah.

    “Tapi, tumpuan kami sekarang untuk menang di Pelangai,” katanya.

    Sementara itu mengulas mengenai “gelombang hijau”, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Hasan berkata gelombang berkenaan tidak wujud yang ada hanyalah undi protes.

    ALSO READ:  State polls: DAP to contest in all incumbent seats in Penang, says Loke

    “Orang kata ‘green wave’ saya kata tak ada ‘wave’ sebenarnya. Sebenarnya banyak undi protes dan itu saja.

    “Orang masih sayangkan dengan Umno, jadi Umno kita akan buat sesuatu untuk kita perkasakan,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts