Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Mengelirukan' dakwa kelajuan ECRL boleh naik taraf cecah 351km/j - MRL

    ‘Mengelirukan’ dakwa kelajuan ECRL boleh naik taraf cecah 351km/j – MRL

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Landasan dan infrastruktur Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak boleh dinaik taraf untuk menyokong kereta api berkelajuan tinggi, seperti yang dicadangkan oleh seorang pakar dari China.

    “Sehubungan itu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mesti menekankan bahawa ECRL kekal sebagai kereta api laju (fast train) untuk penumpang sahaja dan tidak boleh dinaik taraf atau ditukar kepada kereta api berkelajuan tinggi (high speed rail) di bawah spesifikasi kejuruteraan dan sistem pengendalian semasa.

    “Oleh itu, laporan berita baru-baru ini yang memetik seorang pakar China mencadangkan bahawa ECRL boleh meningkatkan kelajuannya kepada 351 km/j semasa majlis Inisiatif Jalur dan Jalan di forum Asean adalah tidak tepat dan mengelirukan,” jelas MRL dalam satu kenyataan hari ini.

    Pemilik projek ECRL itu menjawab laporan Bernama semalam yang memetik Naib Presiden Pusat China dan Globalisasi berpangkalan di Beijing, Victor Gao.

    Dia dilapor mencadangkan ECRL bukan sahaja mungkin boleh disiapkan lebih awal dari jadual, tetapi juga meningkatkan kelajuannya kepada 351km/j untuk mengatasi projek kereta api laju Indonesia.

    MRL berkata projek ECRL direka terutamanya untuk mengangkut kargo, jadi perkhidmatan penumpangnya dikekang oleh keperluan reka bentuk kereta api barang.

    Kata syarikat itu, infrastruktur projek keretapi tersebut, seperti kerja asas, landasan, sistem isyarat rel dan rolling stock direka untuk kelajuan kurang dari 200 km/j.

    “MRL ingin menyatakan bahawa jajaran rel projek ECRL juga telah direka bentuk dengan lengkung mendatar dan superelevation (sedengan rel) serta kecerunan yang tidak setanding dengan landasan kereta api berkelajuan tinggi.

    “(Ini) mengambil kira bahagian jajaran yang cukup besar di Negeri-Negeri Pantai Timur yang dibina di atas tapak dengan keadaan tanah yang teruk, memotong kawasan berbukit dan merentasi lintasan sungai yang luas,” katanya.

    ALSO READ:  Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam cabar levi pelepasan

    MRL berkata kereta api penumpang ECRL akan bergerak sebagai “kereta api laju” dengan kelajuan sehingga 160km/j manakala kereta api barang akan bergerak dengan kelajuan maksimum 80km/j.

    Ini berbeza dengan piawaian industri yang menetapkan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) harus mempunyai kelajuan sekurang-kurangnya 250km/j.

    Rangkaian rel sepanjang 665km itu akan bergerak di sepanjang Pantai Timur dari Kota Bharu ke Bandar Pelabuhan Kuantan, kemudian merentasi Pahang dan Selangor ke Pelabuhan Klang.

    Projek landasan Kota Bharu ke Gombak itu dijangka siap pada 31 Dis 2026.

    ECRL yang dijadual beroperasi pada Januari 2027 akan mengurangkan masa perjalanan dari Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak ke Kota Bharu dari tujuh ke empat jam pada musim perayaan, maklum MRL.

    Landasan Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap pada 31 Dis 2027.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts