Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMengenang A Samad Ismail: Tahanan politik dan intelektual tak diendah

    Mengenang A Samad Ismail: Tahanan politik dan intelektual tak diendah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hari ini menandakan genap 100 tahun sejak kelahiran Abdul Samad Ismail, tokoh kewartawan Malaysia yang pernah menjalani tahanan tanpa bicara selama lima tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang zalim.

    Perjalanan hidup tokoh ini akan dikenang oleh tiga individu yang sangat mengenalinya dalam sebuah tribut, The Man Behind The Enigma: Centenary Remembrance in Praise of A Samad Ismail, pada petang Ahad ini.

    Tiga individu tersebut adalah bekas naib presiden PKR Syed Husin Ali, bekas ahli Parlimen Nibong Tebal Dominic Puthucheary dan wartawan veteran Terrence Netto yang pernah bekerja bersama Samad di New Straits Times.

    “Dia adalah antara tokoh besar dalam pembentukan minda masyarakat Malaysia yang tidak tercapai.

    “Seorang intelektual sejati dan antara orang pertama yang berusaha menyumbang kepada perkembangan pemikiran dan idea untuk membentuk minda masyarakat.

    “Membiarkan ulang tahun ini berlalu tanpa apa-apa ibarat menyemai penyakit amnesia ke seluruh negara,” kata Netto kepada Malaysiakini.

    Bakat berharga

    Samad (1924-2008) seorang penulis yang amat berbakat, menjadi wartawan seawal usia 16 tahun dan editor Berita Malai, sebuah penerbitan era Jepun, pada usia 21 tahun. Selain wartawan, ketika muda dia juga terlibat dalam kegiatan politik berhaluan kiri.

    Anak kelahiran Singapura ini pada mulanya rapat dengan Lee Kuan Yew sebelum hubungan mereka retak. Samad telah pun ditahan dua kali, iaitu pada 1948 dan 1953, sebelum dia bersama-sama Lee menubuhkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 1953.

    “Dia bermula seabgai wartawan semasa remaja. Sedari awal, dia memang berbakat dan kesedaran politik bapanya mendorong Samad untuk menjadi wartawan. Pada masa sama, penjajahan Jepun berlaku tetapi dia mampu mewujudkan perananan untuk dirinya,” kata Netto.

    ALSO READ:  Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan

    Katanya lagi, walaupun bekerja dengan Jepun sebagai editor utama, Samad tetap mampu berkembang sebagai seorang intelektual.

    Maka, kata Netto lagi, Samad terlibat sebagai wartawan perintis (Utusan), berperananan dalam revolusi Indonesia (1945-49), melahirkan sebuah akhbar baru (Berita Harian pada 1958), memperbaharui New Straits Times (1972), menyelaraskan parti politik (PAP), mengasaskan gerakan sastera (Asas ’50) dan penulis ucapan untuk bekas perdana Menteri Abdul Razak Hussein dan bekas timbalan perdana Menteri Dr Ismail Abdul Rahman (1970-73).

    Pada 2021, Syed Husin ketika berbicara tentang Samad antara lain berkata, “dalam ramai orang, dia beritahu peguamnya, Kuan Yew yang dia pernah menjadi ahli Parti Komunis dan saya percaya ini kemudiannya dijadikan untuk menyerang diriny. Nama samarannya adalah ‘Lanaiz’, iaitu Zainal yang dieja terbalik.

    “Pada satu peringkat lain, dia hampir diusir ke Indonesia, tetapi dia kembali dan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja akhbar.

    “Dia adalah penulis yang sangat ideologikal dan analitik dan terus maju memimpin Berita Harian dan New Straits Times. Pada 1976, ketika saya ditahan, Samad juga ditahan sekali lagi, kali ini selama lima tahun. Namun dia bangkit semula dan kembali meraih kedudukan yang penting,” kata Syed Husin.

    Netto berkata dia mula bekerja di bawah Samad di New Straits Times pada 1973 dan menyedari yang bosnya itu adalah seorang intelektual dan pada masa sama sangat terbuka pemikirannya.

    ‘Jiwa bebas tetapi bertanggungjawab’

    “Dia ada sejenis pemikiran di mana anda sudah ada kecenderungan ideologi tetapi tetap membenarkan persekitaran sekeliling untuk mengubah dan menyaring perkembangan anda.

    “Dia berjiwa bebas, tetapi bukannya tidak bertanggungjawab, dan sentiasa ingin menguji sempadan.

    “Dia ingin memainkan perananan dalam pembangunan negara ini, tetapi akhirnya dia menjadi pejuang pembebasan minda yang tak diendah,” kenang Netto lagi.

    ALSO READ:  US sees potential Iran transfer of missiles to Russia as alarming

    Menurutnya, penahanan pada 1976 menjadi pukulan hebat buat Samad.

    “Samad telah mula membentuk pasukan dan bersedia untuk menjadi ketua editor kumpulan. Pada usia 52 tahun, ia masa yang sesuai untuknya.

    “Dia boleh membangunkan kewartawanan agar benar-benar berperananan dalam masyarakat, untuk mengilhamkan pemikiran yang kritis. Sebaliknya, dia digagalkan.

    “Penahanan Samad dan intelektual hebat yang lain menandakan kekalahan pemikiran progresif di kalangan masyarakat Melayu, memberi laluan kepada hegemoni kini yang terdiri pelbagai aliran ideologi kanan,” tambah Netto.

    The Man Behind The Enigma: Centenary Remembrance in Praise of A Samad Ismail akan berlangsung di Gerakbudaya, No 2, Jalan 11/2, Petaling Jaya, pada 21 April jam 3 petang. Hubungi 012-2833515 untuk maklumat lanjut.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts