Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri: 693 daripada 1,069 sekolah daif telah dibaik pulih

    Menteri: 693 daripada 1,069 sekolah daif telah dibaik pulih

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebanyak 693 daripada 1,069 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak telah dibaik pulih, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

    Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited untuk menyelesaikan isu sekolah usang di negara ini.

    “Infrastruktur sekolah yang usang bukan sahaja berlaku di Negeri tertentu dan usaha baik pulih ini selaras dengan misi Kementerian Pendidikan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar.

    “Kementerian Pendidikan telah mencapai kemajuan yang baik dalam menyelesaikan isu sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak apabila lebih separuh sekolah terjejas telah menjalani pembaikan yang diperlukan,” katanya pada majlis penyampaian Wakalah Zakat Peranti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan hari ini.

    Fadhlina berkata kementerian juga melaksanakan sistem penarafan bintang dengan tempoh penilaian selama tiga bulan dalam menyiapkan proses baik pulih sekolah terbabit.

    KPM dalam catatan menerusi Facebook pada 28 Julai 2023, memaklumkan kerajaan telah memperuntukkan RM6.5 bilion untuk melaksanakan projek pembangunan 1,002 sekolah daif di seluruh negara dari 2016 hingga 2023.

    Menerusi Rolling Plan 2023, sejumlah RM923.97 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan 417 projek baru dan lanjutan di seluruh negara.

    KPM memberitahu kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak juga telah ditambah baik melalui pelaksanaan 327 projek pembangunan sekolah daif atau 78 peratus daripada keseluruhan projek yang diluluskan tahun ini.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts