Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri: Elak salah tafsir 'liberal' dalam cita-cita Rukun Negara

    Menteri: Elak salah tafsir ‘liberal’ dalam cita-cita Rukun Negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkataan ‘liberal’ dalam mukadimah Rukun Negara merujuk kepada keterbukaan menerima perbezaan dalam masyarakat majmuk, jelas Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang hari ini.

    Justeru, dia berkata semua pihak harus mengelak daripada menyalah tafsir penggunaan perkataan ‘liberal’ dalam deklarasi itu.

    “Salah satu cita-cita Rukun Negara adalah; menjami satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak.

    “Dalam konteks ini, perkataan liberal merujuk kepada sikap keterbukaan dan penerimaan (faham, hormat dan terima) kepada perbezaan budaya antara kaum dan etnik.

    “Rakyat bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara,” kata Aaron pada satu kenyataan hari ini.

    Kenyataan Menteri itu sehari selepas ikrar penuh Rukun Negara dibacakan di Dewan Rakyat semalam, membawa kepada wacana mengenai perkataan ‘liberal’ dalam deklarasi tersebut.

    Sesetengah pihak di media sosial mendakwa Rukun Negara telah diubah suai selepas kerajaan gabungan pimpinan PH ditubuhkan, untuk memasukkan perkataan ‘liberal’ ke dalam ikrar itu.

    Bagaimanapun, fakta menunjukkan Rukun Negara kekal tidak berubah daripada bentuk asalnya yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970.

    Pendedahan kebanyakan rakyat Malaysia terhadap deklarasi itu cuma terhad kepada lima prinsip dan kebiasaannya mengkesampingkan bahagian cita-cita Rukun Negara.

    Ikrar deklarasi ini biasanya dibacakan pada perhimpunan di sekolah-sekolah namun tidak secara penuh.

    Perkataan liberal dalam konteks politik adalah bertentangan dengan konservatisme, yang memandang liberalisme sebagai ancaman terhadap norma budaya, masyarakat dan agama.

    Rukun Negara diperkenalkan sebagai satu cara untuk membentuk ideologi negara yang menyatukan rakyat Malaysia selepas peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts