Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri janji akan bantu isu 4 beradik tanpa kerakyatan

    Menteri janji akan bantu isu 4 beradik tanpa kerakyatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Empat beradik yang gagal mendapat kerakyatan selepas tiga kali memohon mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

    Ketika dihubungi, Saifuddin berkata bahawa dia akan cuba membantu menyelesaikan kemelut mereka.

    Saifuddin Nasution Ismail

    “KDN (kementerian dalam Negeri) akan cuba membantu,” katanya ketika diminta mengulas isu yang dihadapi pasangan kembar N Thachaayaney dan Thanasriy, 26; serta adik mereka Vetyasri, 24; dan Sugashini, 22.

    Sebelum ini, empat beradik dari Perak itu merayu campur tangan Menteri selepas mendakwa permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berulang kali ditolak.

    Presiden Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia) , M Saravanan, mendakwa JPN menolak permohonan kewarganegaraan itu mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan (keadaan khas) tanpa memberikan sebarang alasan munasabah.

    Saravanan juga mendakwa JPN enggan melayan rayuan empat beradik itu yang dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan (kewarganegaraan secara naturalisasi).

    JPN sebaliknya, berkata bahawa permohonan empat beradik itu ditolak kerana kes diklasifikasi di bawah kategori anak tidak sah taraf dan kedua ibu bapa tidak mempunyai rekod perkahwinan yang didaftarkan di bawah Akta 164.

    Sementara itu, Saifuddin berkata bahawa ibu bapa yang mempunyai anak perlu mendaftar perkahwinan mereka secara sah.

    “Pengajarannya, pastikan daftar perkahwinan. Jika tidak akibatnya menyusahkan hidup dan masa depan anak-anak.

    “Bila susah dapat warganegara dan minta dimudahkan permohonan dan proses warganegara. Walhal diri sendiri buat salah. Tak daftar kahwin.

    “Pandangan saya umum dan tak dituju pemohon ini sahaja. Banyak kes yang saya bantu, tak daftar kahwin,” katanya.

    Dia turut menegur aktivis dan NGO yang memperjuangkan isu kewarganegaraan agar mendidik ibu bapa tentang kepentingan mendaftar perkahwinan, agar anak mereka tidak menghadapi masalah.

    ALSO READ:  Two crocs captured in Kota Marudu, no sign of missing man

    “Saya tak pernah dengar aktivis tegur ibu bapa yang buat peranangai begini. Lebih teruk menuduh kerajaan kejam.

    “Yang penting masa depan anak-anak ini. Saya selaku Menteri KDN sentiasa prihatin dan akan membantu kes-kes sebegini dan tak akan layan ‘serangan’ ke atas saya dan KDN,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts