Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri: Kebocoran data Perkeso tak jejaskan kebajikan pencarum

    Menteri: Kebocoran data Perkeso tak jejaskan kebajikan pencarum

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Sumber Manusia memberi jaminan percubaan untuk menggodam laman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan menjejaskan pencarum.

    Menteri Sumber Manusia V Sivakumar juga berkata Perkeso berjaya mengawal serangan siber terhadap sistem, pangkalan data maklumat dan laman sesawangnya, yang bermula 2 Disember lalu.

    “Saya ingin menegaskan serangan ini tidak menjejaskan kebajikan pencarum Perkeso kerana data yang bocor merupakan data yang telah luput.

    “Malah saya akan terus memastikan tiada pihak yang akan terjejas dengan insiden ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Katanya lagi, kementeriannya akan meningkatkan langkah menangani perkara itu menerusi kerjasama dengan agensi di bawah kementerian lain.

    V Sivakumar

    Terdahulu hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata CyberSecurity Malaysia (CSM), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi akan menyiasat dakwaan laman pangkalan data Perkeso digodam.

    Dia juga berkata maklumat tertentu yang dibocorkan di dark web adalah data lama yang “dibungkus semula” dan didakwa sebagai data baru.

    Semakan mendapati data tersebut – dikatakan sebagai “contoh” untuk data yang didakwa dibocorkan – mengandungi maklumat peribadi antaranya nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, kaum, gaji, nama majikan, jenis darah, rekod kesihatan dan nombor akaun bank.

    Sementara itu, Perkeso berkata data yang didakwa bocor itu adalah “amat diragui, tidak lengkap dan luput”, misalnya satu kelompok data menampilkan maklumat yang tidak pernah dikumpul Perkeso sejak penubuhannya pada 1971.

    Kata pertubuhan itu lagi, serangan siber itu pada mulanya dibuat untuk menjejaskan operasi harian mereka, namun selepas pasukan ICT berjaya mendapat semula kawalan, penggodam kemudian “menukar taktik” dengan menjejaskan imej mereka.

    “Serangan siber terhadap Perkeso ini bukan kali pertama sebaliknya siri pencerobohan sudah berlaku dengan kali terakhir pada September lepas dan berjaya dibendung,” kata Perkeso.

    ALSO READ:  Golf-Kuchar apologises after one-man finish at Sedgefield

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts