Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri Kesihatan dirujuk ke hospital, disyaki alami ‘renal colic’

    Menteri Kesihatan dirujuk ke hospital, disyaki alami ‘renal colic’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad telah dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi tadi berikutan disyaki mengalami gejala renal colic.

    Bagaimanapun, kenyataan Kementerian Kesihatan, yang dikeluarkan hari ini tidak menyebut hospital yang dirujuk itu.

    Ia sekadar memaklumkan Menteri itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

    “Menteri Kesihatan telah dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

    “Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

    “Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” petik kenyataan itu.

    Renal colic adalah satu bentuk sakit pinggang yang teruk secara tiba-tiba yang biasanya berasal dari sudut costovertebral dan memanjang ke anterior dan inferior ke arah pangkal paha atau testis.

    Ia sering disebabkan oleh halangan akut saluran kencing oleh kalkulus dan sering dikaitkan dengan loya dan muntah. Ia boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit di bahagian kiri atau kanan pinggang, bahagian bawah belakang badan atau abdomen.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts