Menteri-Menteri luar Asean secara kolektif menggesa semua pihak di Myanmar untuk membolehkan penghantaran pulang rakyat dari negara Asean yang terperanangkap di tengah-tengah konflik, khususnya di Shan Utara.
Sambil mengiktiraf usaha pemindahan pihak berkuasa Myanmar, mereka turut menekankan kepentingan bantuan kemanusiaan yang diselaraskan dan pemindahan pantas hasil kerjasama kedutaan anggota Asean.
Dalam kenyataan itu, para Menteri menyuarakan kebimbangan terhadap konflik yang semakin memuncak, menyeru semua pihak untuk menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan dan melindungi orang awam.
“Kami menyeru pihak berkuasa Myanmar dan pihak berkaitan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan segera dan memastikan laluan pantas dan selamat untuk penghantaran pulang warga asing yang terkandas,” menurut kenyataan itu.
Menteri-Menteri itu juga menegaskan komitmen terhadap penyelesaian aman situasi di Myanmar melalui Konsensus Lima Perkara, menekankan kepentingan Myanmar yang damai dan bersatu demi kepentingan Asean.
-Bernama