Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri: Pastikan ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem tak tersebar

    Menteri: Pastikan ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem tak tersebar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua agensi di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diminta memantau dan menghentikan penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem.

    Menteri berkenaan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pejabatnya juga sentiasa berkerjasama rapat dengan polis bagi membendung segala bentuk ajaran sesat yang bergerak secara ‘rahsia’.

    “Kita hendak pastikan ajaran itu tidak tersebar luas dan menyeleweng akidah masyarakat Islam di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni asnaf pada program Ziarah Asnaf Siri 4 di sekitar Wangsa Maju di Kuala Lumpur hari ini.

    Dia berkata demikian bagi mengulas kebimbangan masyarakat mengenai ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem yang telah difatwakan sebagai sesat oleh Pejabat Mufti Terengganu pada 16 Nov lepas.

    Mohd Na’im turut mengingatkan umat Islam di negara ini untuk merujuk kepada pakar dan mereka yang berpengetahuan serta mematuhi sebarang fatwa berkaitan supaya tidak terikut-ikut dengan ajaran yang mampu memesongkan akidah.

    Sementara itu menyentuh usaha menyantuni asnaf, Mohd Na’im berkata masyarakat setempat juga perlu memainkan perananan bagi membantu agensi berkaitan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan.

    “Bila nampak mana-mana jiran atau penduduk yang memerlukan bantuan, ada kalangan asnaf yang sakit, kita harapkan kerjasama masyarakat. Inilah asas kepada pembentukan negara dan masyarakat Madani yang dihasratkan perdana Menteri. Masyarakat yang sentiasa cakna melihat kesusahan orang lain dan cepat cari jalan macam mana nak bantu,” katanya.

    Mohd Nai’im diiringi pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersama Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP hari ini menziarah dan menyampaikan bantuan kepada tiga asnaf yang terlantar sakit.

    ALSO READ:  Ramli: Jangan jadikan Dewan Rakyat seperti pasar borong

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts