Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri pengangkutan S'pura didakwa kes rasuah - laporan

    Menteri pengangkutan S’pura didakwa kes rasuah – laporan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran didakwa di mahkamah atas kes rasuah pada hari ini, lapor media tempatan.

    Biro antirasuah negara jiran itu telah menyiasat Iswaran sejak penahanannya pada Julai tahun lalu manakala Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengarahkannya bercuti dan menghalangnya dari meninggalkan Singapura.

    Iswaran berdepan 27 pertuduhan, termasuk mendapatkan suapan sebagai penjawat awam, rasuah dan menghalang proses keadilan, lapor akhbar The Straits Times.

    Iswaran mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.


    Mahkamah Singapura mendengar dua pertuduhan rasuah, 24 pertuduhan untuk mendapatkan barangan daripada seseorang yang berurusan dengannya sebagai penjawat awam dan satu pertuduhan kerana menghalang proses keadilan.

    Dokumen mahkamah menunjukkan kebanyakan kesalahan yang dihadapinya melibatkan hartawan Ong Beng Seng, yang membawa Formula Satu ke Singapura pada 2008.

    Pada September 2022, Iswaran telah didakwa secara rasuah memperoleh suapan daripada Ong dengan nilai keseluruhan kira-kira $145,434 sebagai dorongan untuk memajukan kepentingan perniagaannya dalam hal berkaitan kontrak antara GP Singapura dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

    Dia juga didakwa memperoleh daripada Ong suapan bernilai $20,848.03 pada Disember 2022 kerana memajukan kepentingan perniagaannya dalam perkara yang berkaitan dengan kontrak antara GP Singapura dan STB dan cadangan untuk kontrak dengan STB.

    Dia juga didakwa memperoleh, sebagai penjawat awam, barangan berharga dengan jumlah nilai kira-kira $218,058.95 daripada Ong antara Nov 2015 dan Dis 2021.

    Iswaran, 61, ditahan CPIB pada 11 Julai 2023, susulan siasatannya terhadap perkara berasingan. Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

    Iswaran telah meletakkan jawatannya dalam Parti Tindakan Demokratik (PAP).


    Perdana Menteri Lee Hsien Loong dipetik berkata Iswaran juga akan meletakkan jawatan sebagai Menteri pengangkutan dan Ahli Parlimen GRC Pantai Barat.

    ALSO READ:  Harris to focus on grocery costs, child tax credit in economic agenda, advisers say

    Iswaran akan membayar balik gajinya sebagai Menteri dan elaun sebagai ahli parlimen dari permulaan siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada Julai 2023, kata Lee lagi.

    Iswaran telah dipilih ke parlimen pada 1997 sebagai wakil rakyat PAP untuk GRC Pantai Barat dan telah berkhidmat selama 26 tahun.

    Dia telah dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh di Pejabat Perdana Menteri pada 2011 dan pernah memegang jawatan Menteri di kementerian pendidikan, hal ehwal dalam Negeri, serta komunikasi dan maklumat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts