Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri: Perlu garis panduan pantau pokok tua di KL

    Menteri: Perlu garis panduan pantau pokok tua di KL

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Garis panduan bagi menyelenggara pokok-pokok lama di Kuala Lumpur diperlukan bagi memastikan insiden pokok tumbang yang menyebabkan seorang mangsa maut semalam tidak berulang.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kebanyakan pokok di Kuala Lumpur berusia antara 50 hingga 80 tahun.

    “Memang sudah tiba masanya (untuk garis panduan) dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

    “Walaupun kita lihat pokok itu masih tegap, mungkin kita perlu ada garis panduan…untuk memastikan keselamatan (orang ramai),” katanya seperti dipetik Sinar Harian, ketika melihat tempat kejadian bersama-sama Datuk Bandar Kuala Lumpur Kamarulzaman Mat Salleh.

    Zaliha menambah garis panduan itu akan dirangka dengan segera.

    Semalam, sebatang pokok tumbang susulan hujan lebat dan ribut serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

    Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin berkata pokok besar itu menghempap 17 buah kenderaan selain dahan pokok turut mengenai landasan monorel di jalan tersebut.

    Sementara itu, Zaliha berkata pokok tersebut dibawah selenggaraan Menara IMC.

    “Pemantauan (terhadap pokok) dibuat dua tahun sekali dengan arboris yang berdaftar dengan DBKL.

    “Menara IMC berhubung terus dengan jabatan landskap DBKL (untuk pemeriksaan),” katanya lagi.

    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts