Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri perpaduan ‘lari’ lagi jawab isu perpecahan kaum

    Menteri perpaduan ‘lari’ lagi jawab isu perpecahan kaum

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang sekali lagi mengelak daripada menangani perpecahan kaum di negara ini, ketika ketegangan mula memuncak di sebalik kontroversi berhubung stoking yang tertera kalimah Allah.

    Diminta mengulas mengenai perkara itu, dia cuba ‘melarikan diri’ daripada mengulas lanjut.

    “Itu bukan Mitra (Unit Transformasi India Malaysia), isu saya hari ini ialah Mitra,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Hala Tuju Mitra di Dewan Damar Sari, Kompleks F di Putrajaya hari ini.

    Diasak lanjut, Aaron sekadar berkata: “Maaf, maaf, please.”

    “Kami mahu keamanan dalam kementerian bukan perpecahan, itu perpaduan,” katanya.

    Dia sebaliknya, menyerahkan perkara tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat isu itu.

    “KDN paling sesuai untuk menangani isu ini,” katanya.

    Aaron diminta mengulas mengenai isu stoking yang tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

    Ditanya jika dia akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu, katanya, tidak.

    Aaron turut berpendirian sama ketika disoal berhubung Minggu Solidariti Palestin pada Oktober lalu.

    “Tanya perdana Menteri. Saya (Menteri) perpaduan. Saya mahu perpaduan, bukan perpecahan.”

    Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial mengenai penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart.

    Walaupun KK Mart telah membuat penyataan maaf dan menarik balik penjualan produk tersebut namun ia tidak mampu meredakan kemarahan pelbagai pihak.

    Beberapa pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan meminta agar tindakan keras diambil serta menggesa tindakan boikot pada rangkaian kedai serbaneka berkenaan.

    Pada 18 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pihak KK Super Mart akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

    ALSO READ:  SPRM siasat tindakan Kor Ming umum peruntukan dana di KKB

    Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dua kertas siasatan dibuka selepas pihaknya menerima 42 laporan.

    Mohd Shuhaily Mohd Zain

    Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

    Selain kes itu juga disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts