Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri: Prestasi rakan dagang utama pengaruhi Malaysia

    Menteri: Prestasi rakan dagang utama pengaruhi Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysia mengamalkan perdagangan terbuka terkesan oleh penguncupan ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rakan perdagangan utama negara, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    Bagaimanapun, Tengku Zafrul yakin unjuran pertumbuhan perdagangan dan KDNK Malaysia akan lebih baik pada 2024.

    Tidak hanya itu, walaupun 2023 penuh cabaran, Malaysia mencatat lebihan dagangan selama 44 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.

    “Jumlah dagangan melepasi RM2 trilion untuk tahun ketiga berturut-turut, (tetapi) cabaran ekonomi seperti inflasi, pergolakan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan telah memberi impak kepada hasil perdagangan Malaysia dan pertumbuhan KDNK,” katanya.

    Dia berkata KDNK merupakan pengukur kesihatan ekonomi negara dan diwakili oleh perdagangan, yang merangkumi kedua-dua eksport dan import.

    “Dari segi perdagangan, secara amnya, eksport akan meningkatkan KDNK manakala import akan mengurangkan KDNK,” katanya.

    Tengku Zafrul

    Pada masa yang sama, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) juga telah mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk perdagangan global kepada 0.8 peratus pada 2023 berbanding 2.7 peratus pada 2022.

    “Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka apabila nisbah perdagangan kita adalah 128 peratus kepada KDNK, tentu sekali Malaysia juga terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau KDNK rakan-rakan perdagangan utama kita,” katanya.

    Tengku Zafrul juga berkata pelbagai faktor lain mempengaruhi prestasi perdagangan Malaysia termasuk rakan dagang utama Malaysia yang juga mengalami penguncupan perdagangan dan import global masing-masing.

    “Kelemahan ekonomi China dengan penurunan eksport sebanyak 4.6 peratus dan import sebanyak 5.5 peratus telah memberi impak kepada Malaysia kerana China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, yang menyumbang 17.1 peratus kepada jumlah perdagangan negara pada 2023,” katanya.

    Tengku Zafrul juga berkata perdagangan barangan negara G20 menguncup, apabila eksport turun sebanyak 3.1 peratus dan import sebanyak 2 peratus.

    ALSO READ:  Rancangan bina resort di lokasi tanah runtuh Batang Kali tak diteruskan

    Unctad meramalkan penguncupan perdagangan global sebanyak lima peratus bagi tahun 2023, atau kira-kira AS$1.5 trilion kurang daripada pada tahun 2022. Di rantau Asean, eksport Thailand menurun sebanyak 1.0 peratus, lebihan dagangan Indonesia berkurangan sebanyak 32.4 peratus dan Singapura mengalami penurunan perdagangan barangan sebanyak 11.7 peratus pada 2023.

    Kesemua faktor tersebut telah memberi impak kepada eksport utama Malaysia, seperti elektronik (E&E), minyak sawit dan komoditi yang lain, selain mempengaruhi baki perdagangan keseluruhan dan KDNK.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts