Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri sahkan pengerusi LTAT letak jawatan dengan sukarela

    Menteri sahkan pengerusi LTAT letak jawatan dengan sukarela

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah meletakkan jawatan itu secara sukarela.

    “Sebenarnya Raja Mohamed Affandi letak jawatan secara sukarela, tiada isu berhubung perkara berkenaan,” katanya selepas diminta mengulas isu berkaitan peletakan jawatan Raja Mohamed Affandi yang juga bekas panglima Angkatan Tentera sebagai Pengerusi LTAT.

    Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan di sini hari ini.

    Pada 8 Feb lepas, LTAT dalam satu kenyataan mengumumkan persaraan Raja Mohamed Affandi daripada jawatan berkenaan.

    LTAT memaklumkan tempoh perkhidmatan Raja Mohamed Affandi bermula pada 2021, ditandai oleh komitmen tidak berbelah bahagi dalam mengukuhkan tadbir urus korporat dana persaraan angkatan tentera itu.

    Raja Mohamed Affandi dilantik menjadi pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jen (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara setelah berkhidmat sebagai Pengerusi LTAT sejak Ogos 2018.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts