Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri sambut baik pengumuman geran latihan kepada belia India

    Menteri sambut baik pengumuman geran latihan kepada belia India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyediakan geran latihan bagi pelaksanaan Malaysian Indians Skills Initiative (Misi) dengan dana sebanyak RM30 juta.

    Katanya, dana tersebut akan disalurkan kepada program-program peningkatan kemahiran untuk belia komuniti India yang akan diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), menerusi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

    “Inisiatif ini akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.

    “Ini selaras dengan aspirasi 3K Kesumayang bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran, Keberhasilan dan Kebajikan pekerja,” katanya dalam kenyataan media.

    Katanya, maklumat lanjut tentang program-program latihan di bawah Misi Kesuma-Mitra ini, akan diumumkan tidak lama lagi.

    Rabu lalu Anwar mengumumkan dana RM30 juta kepada program peningkatan kemahiran untuk beliau komuniti India.

    Difahamkan daripada jumlah dana RM30 juta, Kesuma menyumbang RM10 juta, Mitra menyediakan RM10 juta, dan, Kementerian Kewangan akan menyumbang RM10 juta lagi.

    Sim berkata bahawa pengumuman perdana Menteri itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk menangani isu masyarakat India.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts