Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenteri umum perumahan untuk peneroka lima estet

    Menteri umum perumahan untuk peneroka lima estet

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata kerajaan persekutuan bersama kerajaan Selangor bersetuju membina penempatan semula 245 keluarga peneroka estet getah yang bekerja di lima ladang iaitu Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.

    Katanya, projek perumahan ini adalah hasil kerjasama KPKT, kerajaan Negeri dan Berjaya Corporation Bhd.

    “Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan RM75 juta. Sementara, Berjaya Corporation memberi tanah seluas 20 ekar secara percuma untuk pembinaan rumah.

    “Saya jangka projek akan disiap dibina dalam masa 22 bulan selepas mendapat kelulusan pembinaan,” katanya pada sidang media di Kuala Selangor, pagi ini.

    Difahamkan, Nga membuat pengumuman ini di Kuala Selangor susulan larangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada kerajaan dan parti politik daripada membuat sebarang janji di kawasan PRK KKB.

    Exco Selangor Papparaidu Adun Sentosa Gunaraj George, penyelaras parlimen Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan dan wakil Berjaya Corporation turut hadir sidang media pagi ini.

    Ladang Nigel Gardner dan Ladang Bukit Tagar merupakan dua ladang berada di bawah kawasan DUN Kubu Kuala Bharu yang akan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 11 Mei ini.

    Tiga ladang lagi berada di bawah kawasan parlimen Tanjung Karang.

    Sebelum ini, penduduk lima estet berkenaan meletakkan syarat terhadap mana-mana calon yang inginkan sokongan mereka pada PRK ini (gambar atas).

    Wakil jawatankuasa penduduk berkata calon yang mahu undi dari ladang berkenaan perlu membuat perakuan berkanun (SD) bagi menunaikan segala janji yang ditabur.

    Terdapat 500 pengundi di DUN KKB datang dari Ladang Nigel Gardner dan Ladang Bukit Tagar.

    ALSO READ:  Jika Bersatu ‘ditekan’, golongan keras PAS akan naik - penganalisis

    Antara perkara yang dibangkitkan ialah pembinaan rumah teres kos rendah untuk 245 pekerja dari lima ladang tersebut yang dirancang di atas tapak seluas 20 ekar tanah yang diberikan Berjaya Corp Bhd pada 2019.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts