Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMenyamar penjual susu lembu sebelum samun rantai emas

    Menyamar penjual susu lembu sebelum samun rantai emas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis sedang mencari seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu, yang dipercayai terlibat dalam kes samun di Tanjung Rambutan pada 8 Feb lalu.

    Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan menyatakan bahawa wanita berusia kira-kira 38 tahun telah kehilangan dua utas rantai emas miliknya ketika berurusan dengan suspek yang dipercayai warga tempatan pada jam 9.10 pagi.

    “Suspek secara tiba-tiba bertindak agresif menolak mangsa dan menarik rantai emas miliknya. Suspek juga mengugut untuk mencederakan mangsa jika menjerit meminta pertolongan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Yahaya berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.
    “Dua utas rantai yang hilang itu merupakan rantai perkahwinan dan rantai pemberian bapa mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts