Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Mereka musnahkan, kami bina semula' - Penduduk Gaza

    ‘Mereka musnahkan, kami bina semula’ – Penduduk Gaza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang warga emas di Gaza, duduk di atas konkrit sisa runtuhan rumahnya yang dirakam jurugambar bebas warga Gaza, Mariam Riyad Abu Dagga.“Mereka musnahkan, kami bina semula. Ini kali keempat mereka hancurkan rumah saya tapi saya tetap di sini,” katanya, dimuat naik ke akaun Instagram @mariam_abu_dagga pada Jumaat.

    Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan ribuan penduduk di utara Gaza kembali ke kampung halaman masing-masing, sempena penguatkuasaan jeda kemanusiaan selama empat hari antara tentera Israel dan Hamas di semua wilayah Semenanjung Gaza.

    Walaupun inisiatif yang dicapai selepas 48 hari konflik itu tidak menyebut sebarang persetujuan untuk penduduk Gaza kembali menghuni tanah mereka, penduduk tetap mengambil risiko untuk pulang.

    Mereka gigih berjalan kaki sambil menggendong anak dan barangan, menumpang lori, motosikal, mengayuh basikal malah gerabak keldai dan ‘tuk-tuk’, meskipun belum pasti apakah rumah mereka masih ada atau mungkin sudah tinggal rangka atau musnah sama sekali.

    Husin Aby Elyan, 47, berlindung bersama isteri dan anak perempuannya di bangunan sekolah di barat Khan Yunis. Dia berkata, “Keadaan memang sukar. Kami hidup dalam ketakutan selama beberapa hari ini. Tapi sekarang kami lega sedikit. Saya kini menuju ke tempat tinggal saya untuk meninjau keadaan rumah akibat pengeboman. Alhamdulillah kami masih hidup dan sihat.”

    Abu Ali Abu Dan berkata, “Saya tahu rumah saya sudah musnah tapi saya tetap pulang selepas lebih 40 hari. Di sana (selatan Gaza) kami sukar untuk meneruskan kehidupan. Tiada makanan, tiada air. Tidur pun atas tanah. Sekurang-kurangnya dengan jeda ini kami sedikit gembira. Tapi ke mana saya dan keluarga nak pergi selepas rumah musnah. Kehidupan tetap sukar. Tapi itu tidak menghalang kami untuk kembali. Jika tiada dinding, kami binalah semula.

    ALSO READ:  Isu kasino: Anwar, jangan ugut rakyat macam era Marcos, kata LFL

    “Sekurang-kurangnya dengan jeda ini kami sedikit gembira. Tapi ke mana saya dan keluarga nak pergi selepas rumah musnah. Kehidupan tetap sukar. Tapi itu tidak menghalang kami untuk kembali. Jika tiada dinding, kami binalah semula. Kadbod, kayu… dengan apa saja,” kata bapa sembilan anak ini.

    Berhubung perkara ini, Agensi Berita Qatar (QNA) turut melaporkan sejumlah tujuh penduduk Gaza cedera ditembak tentera Israel ketika dalam perjalanan kembali ke utara pada Jumaat.

    Dianggarkan seramai 1.7 juta penduduk Gaza yang dipaksa pindah ke selatan Negeri itu hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah akibat pengeboman berterusan Israel sejak 7 Okt.

    Jeda kemanusiaan yang berkuat kuasa pada Jumaat, memberi laluan kepada penyaluran bantuan kemanusiaan melalui persimpangan Rafah dengan penyelarasan Mesir.

    Jurucakap Kementerian Luar Qatar Dr. Majed bin Mohammed Al Ansari dalam sidang media pada Khamis berkata pertempuran akan dihentikan sepenuhnya semasa jeda kemanusiaan dan berharap kedua-dua pihak mematuhinya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts