Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Mesyuarat kabinet tak bincang isu permohonan pengampunan diraja Najib'

    ‘Mesyuarat kabinet tak bincang isu permohonan pengampunan diraja Najib’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mesyuarat kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini tidak membincangkan mengenai permohonan pengampunan diraja Najib Razak.

    Juru bicara kerajaan Fahmi Fadzil mengatakan demikian ketika diminta mengulas laporan Channel News Asia bahawa permohonan bekas perdana Menteri yang kini dipenjara itu akan didengar dalam sesi Lembaga Pengampunan pada minggu ketiga Januari.

    “Kami tidak membincangkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet hari ini,” kata Fahmi kepada pemberita pada sidang media di Putrajaya selepas mesyuarat mingguan kabinet.

    Pada masa yang sama, Menteri komunikasi itu berkata terdapat proses sewajarnya yang perlu diikuti dan perkara itu akhirnya terletak di tangan Yang Di-Pertuan Agong.

    “Biasanya kita tidak boleh mendahului proses itu. Jadi kita serahkan kepada Lembaga Pengampunan untuk berbincang.

    “Itu adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan,” katanya.

    Isu permohonan pengampunan Najib sebelum ini ditangguhkan daripada mesyuarat bulan lepas kerana lembaga yang terdiri daripada enam anggota itu memutuskan ia memerlukan lebih masa untuk membincangkan isu berkenaan.

    Mesyuarat yang akan datang adalah antara tugas akhir Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum baginda digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada akhir bulan ini.

    CNA memetik seorang ahli kanan dalaman kalangan orang kepercayaan Najib berkata terdapat “suasana positif” mengenai petisyen pengampunan itu, sekiranya permohonan itu didengar dalam mesyuarat bulan ini.

    Malaysiakini telah menghubungi peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan ulasan.

    Bulan lalu, Shafee berkata pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk pengampunan diraja, yang difailkan hampir 10 bulan lalu.

    Bekas presiden Umno itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang kerana kes rasuah RM42 juta SRC International.

    ALSO READ:  ESEI FOTO | Anak Cina, Melayu dan India bergabung persembah tarian singa

    Selain itu, Najib juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts